Tuesday 29 January 2013

Aku ingin kau tahu…

10.25am
Terlintas untuk menaip...

Aku tahu kau betul2 sygkan aku. Kau betul2 cintakan aku. Kau betul2 mahukan aku. Dan aku secara jujurnya sudah mula jatuh hati, sudah mula menyayangi. Setiap apa yg kau buat pada aku, aku rasa bahagia, gembira & xdapat aku bayangkan. Tiada perempuan yg secomey & semanis kau bagiku. Kau dalam diam memberi impak yg besar kepadaku. Memberi kesan yg mendalam.

Ketahuilah aku tidak mahu mempermainkan perasaan kau, aku juga bukan sengaja untuk menolak cinta kau. Tapi, kau harus tahu, kau harus faham, di saat ini ada suatu benda yang menghalang, mengatasi, dari aku memberi sepenuh cinta ini.

Aku ada impian aku sendiri, aku ada matlamat yg aku rasakan lebih bermakna utk menentukan masa depan aku. Aku tidak mahu melihat org yg banyak berjasa kepadaku kecewa, mereka lebih dahulu hadir dalam hidup aku, dan telah banyak yg mereka berikan kepadaku untuk memastikan aku berjaya.

Terus terang aku katakan, aku tidak pandai menyakiti hati orang yang berbuat baik kepadaku termasuk kau. Aku ingin menjadi kebanggaan mereka, aku juga ingin menjadi kebanggaan kamu. Aku ingin menjadi kebanggaan setiap yg ku kenal.

Semuanya  aku dah ceritakan kepada kau. Dan memang sengaja aku coretkan di sini utk pengetahuan  mu. Supaya faham, aku hadir dalam hidupmu bukan untuk mempermainkan cintamu, cukuplah di saat ini untuk aku melihat kau gembira sepanjang bersamaku, bahagia dalam kehidupan seharian sepanjang bersamaku.

Aku harap coretan ini cukup jelas untuk memberitahu kau  Sorry for everything. Minta maaf jika ini menyakiti hati kamu…..(aku tahu kau x akan membaca blog ni tapi mungkin suatu hari nnti ACM )....khas untuk mu...AcM..


Monday 28 January 2013

Nothing Special About Me........

aku nak taip tentang diriku n nak cter tentang kehidupanku..yelah time  free ni  nak bagi hilang bosan la katakan..sambil2 on9…
Entri…….
1.   Aku anak last dalam family..tapi kat umh ada sedara spupu aku yg tggl kat umah kg ..kira msa aku x ada kat umh dia la jadi anak manja my mom.. (semoga roh abah tenang di sana)ayahku sudah pergi menemui ilahi..yang tinggal seorang ibuku,,miskin pun aku jauh  namun setiap solatku mdoakan kesejahteraan mereka..
2.   Orang selalu kata anak last ni manja??betul ke manja?bagi aku la kan senang kata aku akan manja dengan orang yang aku sayang jer la,,dan perlu bagi perhatian.hahaha cewahhh.
3.   Aku masih bujang a.k.a single la kan..nampak macam budak sekolah kalau tak simpan janggut..tapi sekarang dah ada janggut kalau nak perasan jadi remaja aku kna cukur la..so baru nampak muka budak2 aku nie kan..boleh tera tu?
4.   Kadang2 aku ni cepat  emo juga la kan…Sensitif la katakan..aku suka usik orang x pun anak2 buah aku yang sangat2 cute tu..
5.   Aku suka jogging,,kalau cuti jer mesti pergi jog x kira la dengan mber or sorang2 pun..pas bangun subuh jer siap2 pakai baju n kasut nk g jog…petang2 kalau rajin main bminton dengan bdk2 opis..korang pcaya x?kalau x pcaya mai tgk pwot aku ni then kira ada 6 ketol ulas buah durian x?tp yang pasti pwot aku x ada kaitan pun dgn buah durian  k,,tu cter hujung mggu aku la kan…
6.   Aku seorang yang romantic k…xpcaya korang blh tanya my mom x pun terus je call aku k…di talian bebas tol k..
7.   Bila bosan time cuti aku pergi memancing,,lagi pun mmg dari kecik lagi aku suka sangat memancing,,orang kata la kan,,orang yang sabar jer blh mancing btl ke?so kalau korang nak tau yang korang ni sabar ke x..korang try la mancing..hahaha..
8     Kerjaya aku….aku kerja makan gaji..ape yang aku suka tentang kerja aku sekarang??aku suka outstation la blh tdo hotel,,x payah nak kemas tmpat  tdo,,blh jejalan tmpat org..free plak tu tp mgkin rzeki aku kot kerja aku slalu sgt kna outstation sana cni kan tapi mujurlah aku ni tak kawin lagi kalau x kecian la kat wife aku kan…(niat nk tamatkan zaman bujang tu dah ada tapi xtahu la bila kan..maybe tahun depan atau seangkatan dgn nyer)…
9     Aku suka merantau..dulu aku keja sebelah utara tanah air,,sekarang dah kat selatan pasni tak tahu la kat celah2 mn lagi aku nak pergi…
10 Aku suka membaca…aku suka pergi kedai buku…bila kaki aku melangkah masuk mana-mana kedai buku..aku selalu angan2 nak bilik aku penuh dengan buku2…kalau aku nak baca jer pilih jer mn 1 yang aku nak…alala….mimpi ke bulan la plak kan…(masih lagi belajar dan akan terus mencari ilmu)
11 Meminati Photography….kalau diberi peluang nak jadi professional photographer …hahaha kalau akak aku bc nie mau muntah ijau ni dia gelak kan aku…(lupa plak  aku suka sangat pantun2 ni tp pantun 2kerat  jer la,,,slalu aku pantun2 ni dgn org yg agak rapat la dgn aku,,,yelah klu pantun dgn org x rapat kang salah pantun dia gelak plak…tp klu pantun dgn org yg rapat klu salah pun x ada la segan sangat)…
12 Aku sorang yang simple…suka kekemasan a.k.a smart la kan…