Tuesday 29 January 2013

Aku ingin kau tahu…

10.25am
Terlintas untuk menaip...

Aku tahu kau betul2 sygkan aku. Kau betul2 cintakan aku. Kau betul2 mahukan aku. Dan aku secara jujurnya sudah mula jatuh hati, sudah mula menyayangi. Setiap apa yg kau buat pada aku, aku rasa bahagia, gembira & xdapat aku bayangkan. Tiada perempuan yg secomey & semanis kau bagiku. Kau dalam diam memberi impak yg besar kepadaku. Memberi kesan yg mendalam.

Ketahuilah aku tidak mahu mempermainkan perasaan kau, aku juga bukan sengaja untuk menolak cinta kau. Tapi, kau harus tahu, kau harus faham, di saat ini ada suatu benda yang menghalang, mengatasi, dari aku memberi sepenuh cinta ini.

Aku ada impian aku sendiri, aku ada matlamat yg aku rasakan lebih bermakna utk menentukan masa depan aku. Aku tidak mahu melihat org yg banyak berjasa kepadaku kecewa, mereka lebih dahulu hadir dalam hidup aku, dan telah banyak yg mereka berikan kepadaku untuk memastikan aku berjaya.

Terus terang aku katakan, aku tidak pandai menyakiti hati orang yang berbuat baik kepadaku termasuk kau. Aku ingin menjadi kebanggaan mereka, aku juga ingin menjadi kebanggaan kamu. Aku ingin menjadi kebanggaan setiap yg ku kenal.

Semuanya  aku dah ceritakan kepada kau. Dan memang sengaja aku coretkan di sini utk pengetahuan  mu. Supaya faham, aku hadir dalam hidupmu bukan untuk mempermainkan cintamu, cukuplah di saat ini untuk aku melihat kau gembira sepanjang bersamaku, bahagia dalam kehidupan seharian sepanjang bersamaku.

Aku harap coretan ini cukup jelas untuk memberitahu kau  Sorry for everything. Minta maaf jika ini menyakiti hati kamu…..(aku tahu kau x akan membaca blog ni tapi mungkin suatu hari nnti ACM )....khas untuk mu...AcM..


No comments:

Post a Comment